TUTOBIES LINKIES TWITTER FOLLOW HOME

Kpopper? Sampai Bila? ;


Assalamualaikum and annyeonghaseyo. Dalam post ni tieqa akan bahasakan diri tieqa sebagai "AKU". Maaf kpd mereka yang lebih berusia. Tak tahu kenapa tetiba tergerak hati nak buat entry fasal ni. Mungkin lepas aku baca post dari seorang ex-kpopper ni. Dia dah buka mata aku tentang minat aku selama ni iaitu KPOP. Sbnarnya aku ada juga terfikir. Berapa lama aku akan jadi kpopper. Adakah sampai aku sudah m'punyai kerjaya tetap, atau pon sudah m'punyai keluarga. Perkara ni masih berlegar-legar dlm fikiran aku. Dah 7 tahun aku jadi kpopper. Banyak benda yg aku dah lalui. Ada benda yg seronok dan sebaliknya.

Honestly, aku sayang nak tinggalkan minat aku ni, walaupon aku pernah cuba utk lupakan KPOP. Tapi pengaruh KPOP sangat kuat dlm diri aku. Aku tertanya-tanya jugak, kenapa susah sangat?! Tapi lepas baca post dari ex-kpopper ni. Aku terus terdiam. Mulut aku hanya menyebut "YA ALLAH". Aku dah banyak buat salah selama ni. Aku dah banyak buat dosa. Aku rasa malu dengan Allah. Air mata aku mengalir dgn tiba-tiba bila baca bait-bait kata dari ex-kpopper ni. Sebab apa yang dia kata semuanya ada kaitan dengan aku. Hati aku mula keliru entah kenapa.

Aku pernah pergi fanmeeting tanpa pengetahuan parents aku. Bila aku bagi tahu mereka pasal tu, mereka kata takpe. Tapi aku tahu mereka kecewa dgn sikap aku. Sanggup tipu mereka disebabkan taksub dgn artis kegemaran aku. Aku taknak salahkan sesiapa. Sebab semuanya salah aku. Benda ni dah lama, tapi aku masih rasa bersalah dgn ibu & abah aku. Smpai skrang. Lepas tu, aku pernah berjaga semalaman, tak tidur semata-II nk tunggu teaser comeback dr my favo group. Rasanya tak perlu mention siapa group tu pon, korg dah tahu kan. Aku tak tidur. Sampai ibu aku tanya kenapa muka pucat. Then aku jawab "Takde apa-apa, ma". Ibu aku nampak risau.

Duit dihabiskan dengan beli Album KPOP. Sebenarnya aku start kumpul album last year. Koleksi tak banyak sangat. Cuma aku rasa. Takpe la. Dah beli kan. Nak buat mcm mana. Mengenai fanfic berunsur SMUT. erm perlu ke aku cerita pasal ni ye? Bagi yg masih tak tahu apa itu SMUT, better tak payah tahu. Sebab benda ni tak elok dan berdosa kalau kita baca. Jadi tak perlu la. Jauhkan lah dari semua ni. Selama jadi kpopper ni, aku dah dengar pelbagai pendapat dari non-kpoppers. Masa tu, aku rasa semua pendapat yg diorg bagi tu tak betul, semuanya salah. Tapi. Hari ni. Aku baru sedar. Ada juga pendapat yg diberi itu benar dan boleh diterima. Cuma aku yang terlalu dibayangi dgn minat aku sehinggakan benda yang betul dikatanya salah.

Aku tak kisah jika ada yang berpendapat "Hari ni je insaf kpoppers ni". Namun, sekurang-kurangnya lepas baca post tu, dapat beri kesedaran. Aku tak boleh nak janji apa-apa. Sebab aku taknak dianggap seorang yang hipokrit dlm perkara ni. Tapi aku akan cuba menjadi yang lebih baik. Mungkin aku masih lg seorg kpopper,tp tahap 'fanatik' tu akan dikurangkan. Aku nak berubah. Beri aku peluang untuk berubah. Walaupon ilmu agama aku tak banyak tapi aku akan cuba berubah dgn perlahan-lahan supaya menjadi Hamba yang taat dgn perintah-Nya. In Shaa Allah. As'salam.