TUTOBIES LINKIES TWITTER FOLLOW HOME

Bangun ;


Assalamualaikum. Kita. Manusia. Dalam hidup pastinya ada jatuh bangun. Tengok roda, hidup ni macam roda yang tak selalunya ada di atas dan tak selalunya ada dekat bawah. Kadang bila terlalu selesa berada di atas, kita lupa yang akhirnya kita akan jatuh jua.

Siapa kata jatuh tu tak sakit. Sakit. Sakit untuk bangun semula. Diri ni kadang tak mampu nak bangun. Rasa macam nak tunggu orang lain hulurkan tangan untuk papah aku berdiri. Tapi bila tanya diri sampai bila nak harapkan orang lain ? Sesekali cuba usaha, usaha untuk bangun sendiri.

Sampai bila kau nak stay pada satu tempat sedangkan orang lain dah jauh meninggalkan kau. Kau still nak pandang luka ni?. Cukuplah. Bangun! Kau boleh. Kata pada diri.

Buka buku baru. Mulakah langkah yang baru. Semula.

Jangan jatuh. Sungguh, Allah ada bersama kita.

Sentiasa.

Don't Give Up ;

Untitled

Assalamualaikum. Article dari azamrussia. Sekadar perkongsian. Bila baca memang ada persamaan dengan apa yang pernah aku rasa dan lalui sebelum ni. Aku yakin masing-masing juga mesti pernah merasai perkara yang sama.

***********
Perjalanan hidup kita sehari-hari dilalui dengan bermacam-macam perkara yang memerlukan komitmen untuk dilakukan. Seorang hamba Allah, sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang dai’e, seorang sahabat mahupun seorang manusia merupakan antara kerja yang memerlukan komitmen tersebut.

Dalam kita melangkah, kadang-kadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Ada kerja yang tidak dapat kita lakukan dengan baik meskipun kita sudah mencuba dengan sedaya upaya. Namun, hasil yang Allah berikan bukan seperti yang kita harapkan.

Setelah puas mengorbankan keselesaan diri untuk mencapai sasaran, akhirnya apa yang diharapkan tidak berlaku. Lantas timbul sapaan dari hati yang mempersoalkan pertolongan Allah. Lalu monolog dalam hati, “Apakah aku tidak layak mendapat pertolongan Allah?”, “Kenapa aku tak boleh tapi orang lain boleh?”, “Teruk sangatkah aku sampai hasilnya seperti ini?”

Keluar dari zon putus asa

Kehidupan ini adalah satu anugerah dari Allah SWT. Ia adalah suatu perjalanan yang tak pernah sepi dari pelbagai rintangan dan dugaan. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan manusia serta memberikan kejayaan dan kegagalan dengan begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan. 

Boleh jadi kerana amat menyayangi dan tahu kejayaan itu akan merubah kamu menjadi seorang yang lain dan kegagalan itu pula akan menjadikan kamu seorang yang lain. Allah SWT ingin menguji siapa antara kita yang paling sabar untuk bertahan dengan segala ujian dari-Nya.

Putus asa itu akan datang menghampiri tatkala kita sedang menempuh perjalanan yang jauh ini. Ia juga sering kali datang bertandang disaat diri berhadapan dengan kegagalan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Namun jangan biarkan ia tinggal bermukim dalam hati kita. Jadi, sebagai seorang muslim, kita seharusnya bersangka baik dengan Allah SWT. 

Fikirkan... Renungkan. Allah yang menciptakan kehidupan di muka bumi ini dan Allah jua yang menetapkan setiap perancangan di dunia dan Allah jualah pemilik segala kejayaan dan kegagalan. Justeru mengapa Allah berikan kegagalan? Kerana Dia lebih tahu. Serahkan semuanya pada Allah.

Apa yang perlu kita buat adalah biarkan kegagalan itu berlalu itu dan jangan pernah berhenti berjuang dalam menempuh hidup ini. Dan berdoalah semoga Allah memberikan yang terbaik jika itu adalah baik untuk kita dan agama kita.

Wallahu’alam.

Quit ? ;


Assalamualaikum. Goodbye. Selamat tinggal dunia korean pop. Terketar-ketar jari nak menaip entry ni. Sebelum ni aku ada meluahkan hasrat untuk quit dari menjadi seorang kpopper. Secara jujurnya, satu keputusan yang susah untuk aku buat. Bila baca semula entry aku sebelum ni, memang aku ada luahkan benda yang sama. quit quit quit. Tapi hasilnya ..

Hampir lapan tahun aku jadi kpopper. Tiba-tiba aku nak quit macam tu. Adakah ini satu keputusan yang tak masuk akal ? aha. Aku tak tahu. Tapi diri aku memang dah tak boleh terima music korean kpop ni lagi. Mungkin aku layan lagu kpop, tapi aku tak ikut perkembangan diorang. Bila hamba Allah ni tanya, pasal artis baru, group baru. Aku tak tahu. Kalau tahu pon mungkin agak lambat. Tak up-to-date.

Melihat dari sudut positive, kpop sebenarnya ada kebaikan juga. Kita dapat belajar bahasa mereka. Aku memang suka bahasa korea, selain bahasa jepun dan mandarin. Then, budaya mereka. Maksud aku, diorang sangat hormat antara satu sama lain. Yang paling aku respect prinsip mereka yang tidak mudah mengalah. Contohnya yang jadi trainee. Bayangkan ada yang jadi trainee sampai 6/7 tahun.

Cuma ada beberapa perkara yang aku kecewa bila dibandingkan zaman kpop dulu dan sekarang. Memang jauh beza. Maaf jika kata-kata aku ni too much, tapi peredaran music kpop sekarang lebih ke arah barat/western. Aku tak kata semua lagu ada unsur yang tak sepatutnya, beberapa. Tapi unsur macam tu lah yang buat aku lebih berhati-hati dan teragak-agak untuk dengar lagu kpop. Plus, habit aku memang suka dengar lagu, baru baca translations. Mungkin cara aku ni salah.

Mungkin sekarang ni aku kurang ambil tahu berita terbaru pasal kpop lagi. Bukan macam dulu. Tapi buat masa ni aku hanya ikut perkembangan EXO dan mungkin INFINITE. Dua group yang aku sayang. aha. Tbh, agak payah nak tinggalkan dua fandoms ni, sebab kalau korang tengok blog kedua aku, dan social net yang lain aku masih update pasal exofinite. Jadi aku tak tahu 'status' aku sekarang masih kpopper atau tidak. Mungkin semi-kpopper. lols. Tapi aku masih mencuba ke arah itu.

Aku cuba untuk buang minat ni. Dalam proses dan aku akan cuba untuk minat sesuatu yang lebih manfaat. Tapi aku tak kata kpop sesuatu yang tak baik. sebab aku sendiri dah bagi tahu kebaikkan kpop itu sendiri. Cuma aku nak rancang sesuatu yang lebih baik untuk masa depan. Sekian.

Salam Maulidur Rasul

Embedded image permalink
Image : Twitter

Assalamualaikum. Salam Maulidur Rasul. Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi kita. Bila mengenang segala pergorbanan baginda kepada umatnya dan menghayati hadis -hadis dan pesanan baginda sedikit sebanyak membuktikan betapa besarnya cinta dan sayang baginda kepada umatnya. Sampai diakhir riwayat baginda masih menyebut "ummati ummati". Lihatlah betapa rasa risau dan sedih untuk baginda meninggalkan kita. Bimbang akan umatnya lalai dan terpesong dari jalan Allah. 

Rasulullah sangat mencintai umatnya, tapi adakah kita membalas cintanya? Tanya diri. Alangkah sedihnya jika baginda melihat keadaan umatnya sekarang. Jadi, dikesempatan ini marilah kita renungkan serta muhasabah diri kita dan hayati la bait-bait kata dari kisah ini. Secara jujurnya memang terkesan di hati.


Lihatlah, Betapa kasih dan sayangnya baginda pada umatnya. Jadi kita sebagai umatnya perlulah mengikut segala sunnah-sunnah baginda dan berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad S.A.W. 
Dan tidak kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk membawa rahmat keseluruh alam.” (Al-Anbia': 107)