TUTOBIES LINKIES TWITTER FOLLOW HOME

Ujian ;

Untitled

Assalamualaikum. Aku cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian aku, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya. Aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Aku bergama Islam tapi aku sedar, Islam ku belum cukup smpurna seadanya.

Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbuku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca satu persatu.


Setiap kali usai solat, surah Al-Insyirah akan ku baca. Setiap kali jantung terasa berat, hati terasa sarat. Aku ulangi lagi Al-Insyirah. Setiap hari komputer riba aku tatapi, mencari sesuatu yang bisa untuk ku hilangkan segala resah di hati. Dan akhirnya aku tersedar, segala bebanan yang aku tanggung, segala ujian ini sebenarnya tanda kasih Allah pada aku. Allah rindukan rintihan aku. Aku tahu, Allah mahu mengajar aku erti sebenar ujian-Nya.

Dari situ, satu persatu aku temui. Semua bermula dari komputer riba usang ku. Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan pada nombor satu. Namun, aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah. Aku masih cuba membaiki diri, setapak demi setapak. Aku masih lagi aku yang dulu, cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.

Alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya, supaya aku dapat luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku supaya aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. Jika gembira hati ini, semua datang dariNya, jika berat hati ini, kepada dia jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah.

cr: Iluvislam

Sangat tersentuh bila baca kisah ni. Memang benar, setiap manusia tidak lepas dari ujian-NYA, tetapi bersyukurlah dengan ujian yang diberi menandakan Allah masih sayangkan kita dan kita menjadi insan yang terpilih untuk diuji.

Ubahlah ;

(59) Me gusta | Tumblr

Ada kajian kata peminat Kpop ni bila bercinta setia..

Bagusnya!Setia.Ingat senang nak cari yang setia?

Bagusnya kalau boleh pratik dalam cara Islam ni kan?
Tapi tapi tapi..
Kalau cinta anda melebihi cinta kepada yang Hak,murahnya cinta anda.
Fikir lah cinta kepada mereka atau Dia?
Tahap kesetiaan anda tak mungkin ditanya dikubur kelak.
Tak akan malaikat bertanya berapa lama anda meminati kumpulan ini dan itu..

Kalau malaikat bertanya apa yang anda buat dalam hidup anda?
“Saya stan kumpulan ni..Lama oh.Setiaaaa.Dari kecik sampai besar”

“Berapa banyak ayat Quran awak hafal?” Malaikat tanya lagi.
“Tak ada Qurannya.Saya hafal lagu je..Bukak Quran pun masa hafazan dekat sekolah.
Oh bulan puasa ada lah sikit.Lepas berbuka saya online Twitter,kot bias saya update twitter masa tu”
Haaa.Berani?

“Sepertiga malam awak buat apa?”
“Buffer show. Running Man..tengok Weekly Idol. Tengah pagi internet laju lah”

“Dah tu Tahajjudnya bila?” Malaikat tanya lagi.
“Tahajjud saya buat siang hari..dalam mimpi..ye lah. Malam saya tak tidur.Nak tahajjud acana?”
Ek eh. Kau pulak tanya malaikat balik.
Boleh ke jawab dan tanya macam tu?Ada berani?
Wei sakit kot kena libas. Ingat libas dengan malaikat tu macam kena libas dengan rotan pengetua ke?
Ubahlah. Kita boleh. InShaAllah
"NOTE TO MYSELF"
cr: fazaa 

Masalah Kpoppers ;

(1) Tumblr

Assalamualaikum. Aku tak tahu tahu apa MASALAH aku buat entri macam gini. Kpoppers bermasalah atau aku yang bermasalah sekarang. Ha ha. Tak dapat dinafikan kpoppers makin ramai sekarang. Tambahan lagi di kalangan remaja. Fenomena kpop makin menjadi-II. Dulu tak macam ni. Zaman dah berubah. Sbnarnya, kpoppers ni ada ragam mereka sendiri. Plus, aku pon ada ragam aku sendiri yang kekadang susah untuk di described dengan kata-II. lol. Bahasa puitis. Berbalik pada topik. Bila jumpa sesama kpoppers. Soalan pertama yang akan diajukan adalah tentang ;
BIAS 

Soalan wajib bagi kpoppers. Sometimes, bila bercerita pasal bias, masing-II tak mahu kalah. Ada saje cerita menarik yang hendak dikongsi tentang bias mereka. Tapi, ada satu masalah. Bila kita tanya ;

"Siapa bias awak?"

Dia pon menjawab

"Bias?. Baekhyun, Luhan, kai,
chanyeol, myungsoo, sunggyu,
blablablablablablablablablabla"

Kita tanya sepatah, dia jawab berpuluh2 patah. Tapi agak pelik jugak kalau kita tanya dia jawab bias ada sorang je. Sebab kpoppers sekurang-II mesti ada 2 biases. lol. Means lebih dari satu bias. Lagi satu, setiap kali comeback atau ada rookie baru debut mesti Bias List kita akan tunggang terbalik. Tambahan lagi, kalau group baru debut tu ada member yang ramai. Bayangkan keadaan kpoppers masa tu. Sibuk buat re-search, sibuk hafal nama members dan seterusnya memulakan misi untuk mencari bias baru. Akhir sekali, kesian bias lama kita. 

COMEBACK

Comeback. Satu berita gembira yang paling dinantikan oleh kpoppers. Bila dapat tahu group bias kita nak buat comeback, masa tu masing-II mentalbreakdown. 24/7 duduk depan lappy and spazzing non-stop. Sometimes ada yang terpaksa korbankan masa tidur disebabkan "comeback" ni. Bila teaser keluar, kita akan replay teaser tu banyak kali, sebab dah tak sabar nak tunggu full mv. Replay dan terus replay until the full mv released. Masa comeback era tu juga, terpaksa kumpul atau guna duit tabung semata-II nak beli album. Kalau masa tu semua bias group kita comeback, bayangkan!  kering poket ni.

FANWARS

Fanwars. Atau dalam erti kata lain, 'perang peminat'. Masalah yang sering berlaku. Fanwars ni perang di antara fandom dengan fandom. Aku tak pasti pula jika kpoppers bergaduh dgn haters juga dipanggil 'fanwar'? otl ; Rasanya tu tak termasuk kot. lol tak tahu. Fanwars ni mula tercetus bila ada segelintir fans yang memulakan benda ni dulu. Contohnya, bila ada perbandingan antara group. Bila timbul rasa tak puas hati. Mula la si A ni kutuk si B. Si B pula nak kutuk si  C . Padahal si C tak bersalah. Maaf bebelit. lol. Aku rasa benda ni takkan berlaku, jika fans lebih matang dalam soal ni. Tak perlu rasanya fanwars ni wujud. Mengeruhkan keadaan je. Nanti apa pandangan orang lain terhadap kpoppers? 

HATERS

Kita faham, semua orang ada minat masing-II. Tapi kadang-II aku sendiri kurang faham kenapa haters ni susah sangat nak hormat minat orang lain, sedangkan kita hormat minat dia. Tapi ada satu masalah kpoppers ni. Bila haters mula kutuk pasal KPOP, mereka pon mula la melemparkan ayat-II kesat. Like B*tc* , *f*c* etc. Aku tak kata semua kpoppers. Segelintir sahaja. Mungkin terlalu marah orang kutuk kpop sedemikian. Tapi rasanya tak salah jika kita balas dengan cara elok. Kekadang orang akan menilai kita melalui first impressions . Apa yang mereka nampak tu, itulah siapa diri kita. Soal hati tu, orang tak tahu, sebab ia tak boleh dinilai dgn mata kasar. Jadi, sila la jaga adab kita, terutamanya kepada muslim kpoppers. Biarlah haters nak kata apa tentang kpop atau minat kita ni. Kita tak boleh paksa mereka untuk suka apa yang kita suka. Citarasa semua berbeza bukan? So ignore saje haters tu ; Mereka nak perhatian sebenarnya

Kadangkala aku terfikir juga, bila orang kutuk kpop atau minat kita, kita mula nak m'pertahankan mereka. Tak salah. Cuma jangan berlebihan dan melampaui batas. Lebih baik kita pertahankan agama Islam. Itu lebih baik bukan? Aku bukanlah cukup Ilmu untuk cerita pasal ni. Aku pon ada kekurangannya. Aku pon kpoppers macam korang. Takde la sempurna. Tapi sekadar saling mengingati sesama saudara kita itu perlu.Sekian ;
Entri ini adalah umum. Maaf jika terkasar bahasa.

Sekolah ;

image ; google

Assalamualaikum. Sekolah. Aku rindu zaman tu. Aku rindu nak pakai baju sekolah semula. Tapi apakan daya, masa tidak boleh diundur semula. Zaman sekolah adalah kenangan paling indah. Bila diimbas kembali mesti banyak memori manis, pahit, masin. lol. Dulu, masa sekolah aku selalu terfikir macam ni, dan aku pasti rata-II pelajar sekolah juga berfikiran yg sama seperti ini ;

"Kelas? kelas tambahan lagi. Penat la"
"Homework tak siap lagi . . esok kena hantar"
"Bila aku nak habis sekolah ni"
"Tak sabar nak habis sekolah"
"SPM? cepat lah habis sekolah ! ! "
"Mesti best dah tak jadi budak sekolah lagi"
"Nanti habis sekolah, dah tak payah nak buat homework ni semua"

Ini dialog yg biasa kita dengar atau luahkan. Biasa la tu, masa tu kita tak fikir apa-apa lagi. Dalam fikiran hanya terfikir BILA NAK HABIS SEKOLAH.  Itu je saat yang kita tunggu. Tapi korang tak sedar, zaman persekolahan tu lah yang paling indah dan diinginkan oleh mereka yang sudah menyambung pelajaran ke IPTA/IPTS atau mereka yg sudah bekerja. Kalau boleh nak patah balik. Nak jadi budak sekolah balik.

Walaupon aku sudah berada pada zaman awal dewasa or mahasiswi, tapi aku masih merasakan yg zaman persekolahan tetap yang paling seronok. Dekat sekolah tempat korang nak jumpa, pergi tandas sama-sama, pergi kantin sama-sama, buat study group sama-sama. Tapi, bila zaman sekolah dah berakhir masing-II mula buat haluan sendiri. Semua dah ada komitmen sendiri. Nak jumpa? Ada yang sibuk. Ada yang takde masa. Kekadang bila kita free dia tak free. So, agak susah untuk berjumpa. Sebab semua dah ada kerjaya sendiri.

Tbh, zaman sekolah dgn zaman IPTA/kerja sangat berbeza. Bila masuk universiti or kolej, memang kita boleh lihat bermacam-II ragam manusia. Tambahan pula kita jauh dari ibu bapa dan kawalan mereka. Persekitaran kita hanya ada kawan-kawan. Dari situ kita kena berhati-hati dalam memilih kawan. Biarlah orang b'anggapan kita ni memilih kawan, asalkan kita tahu apa tujuan sebenar kita buat macam tu. Takut nanti jika kita tersalah langkah, ia boleh merosakkan diri kita sendiri. Kekadang, ada yang kata bila dah masuk universiti or kolej ni bebas untuk buat apa sahaja. Boleh enjoy, boleh couple. Tapi jangan terkejut, sebab sejak aku masuk ke zaman ini, aku mula lihat sesetengah remaja mula culture shock.

Jadi, buat mereka yang masih berada di alam persekolahan, gunakan lah peluang ini dengan sebaiknya, Suka tak suka, letak ke tepi. Yang penting biarlah kita cari ilmu itu dengan iklas. Bukan dengan paksaan. Walaupon terpaksa, kita cuba jadikan ia satu kebiasaan. Sebab di luar sana nanti lebih banyak cabaran untuk kita hadapi. Sekian ;

fandoms ;


Assalamualaikum and annyeonghaseyo. Tujuh tahun aku bergelar seorang kpopper. Pernah sekali aku terfikir untuk berhenti jadi kpopper disebabkan beberapa sebab. Aku dah penat ! Aku dah tak tahan. Fanwar sana sini tanpa kesudahan. Aku tak faham macam mana boleh wujudnya isu 'fanwar' ni. Mungkin disebabkan KPOP dah dikenali ramai atau pemikiran sesetengah kpoppers ni sendiri yang pantang dicabar.

Berbalik pada isu EXOstan. Aku kenal EXO before diorang debut. Act masa tu aku tak minat diorang sangat. Cuma aku kenal diorang. No need to mention this. But yeay I'm one of their 'anti fan'. Tapi aku mula jadi fan exo masa MAMA era. Melihat dari pelbagai sudut aku tengok EXO's fans dulu dan sekarang sangat berbeza. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa keadaan exostan dulu lagi "heaven" dari sekarang. Dulu exostan adalah fans yang sangat respect to each other. Susah nak berlaku fanwar ni. Kalau ada pon, aku tak pasti. Tapi jarang dengar.

Sekarang, EXO makin dikenali. Fans diorang makin bertambah hari demi hari. Satu peningkatan yg bagi aku sangat bagus. Cuma aku kurang senang dengan 'ACT' new fans ni. I admit exo fans meningkat after WOLF & GROWL era. Sebelum comeback aku tak pasti ramai yang kenal diorang. Dan new fans ni sendiri tak rasa macam mana peritnya exostan rasa sebelum ni. Tunggu diorang comeback entah bila.

heart attack.

Cuma ada satu benda yang aku tak suka bila, sesetengah exotics membandingkan EXO dengan group lain. It's TOO MUCH. Group yang dibandingkan tu bukanlah rookie. Tapi senior. Like TVXQ, SUJU & SHINHWA. Mereka yang dibandingkan tu dah legend dlm industri. Dah menang pelbagai awards. Rasanya tak patut dibandingkan dengan EXO yang baru setahun debut dengan mereka yang dah berpuluh tahun debut. Jauh bezanya tu ;

Bila ada yang kata EXO king of KPOP. Aku hanya geleng kepala. Bukan tak suka. Cuma aku rasa 'title' tu masih belum layak untuk EXO. Diorg masih jauh utk sampai ke tahap tu. Bila korang kata macam tu, tak fikir apa perasaan fandom lain? Apa pandangan fandom lain terhadap exostan/exotics. So, boleh berlakunya fanwar. Walaupon EXO dah menang pelbagai award dari music show, tapi bukan bermakna diorang 'KING' sebab award yang dimaksdkan tu bukan dari Mubank, Inkigayo, ect. Tapi MAMA, EMA.

Kekadang perbuatan korang tu boleh menimbulkan rasa kurang senang pada fandom lain. Tak salah korang nak bagi gelaran sebegitu pada EXO. Cuma biarlah sesuai dengan keadaan. Korang boleh bezakan rookie & legend kan? So dua ni tak boleh compared antara satu sama lain. Agak sensitive  bagi fandom lain. Kami, exostan pon turut terkena tempias. Tbh, aku rindu MAMA era. Sangat tenang. Takde benda-II macam ni jadi. Tapi sekarang? Tengok la sendiri,  ramai mula benci dengan exostan disebabkan sikap a few exotics. Please, aku nak exostan & new fans bersatu. No hate. No fanwar. No curse each other.