TUTOBIES LINKIES TWITTER FOLLOW HOME

Masalah Kpoppers ;

(1) Tumblr

Assalamualaikum. Aku tak tahu tahu apa MASALAH aku buat entri macam gini. Kpoppers bermasalah atau aku yang bermasalah sekarang. Ha ha. Tak dapat dinafikan kpoppers makin ramai sekarang. Tambahan lagi di kalangan remaja. Fenomena kpop makin menjadi-II. Dulu tak macam ni. Zaman dah berubah. Sbnarnya, kpoppers ni ada ragam mereka sendiri. Plus, aku pon ada ragam aku sendiri yang kekadang susah untuk di described dengan kata-II. lol. Bahasa puitis. Berbalik pada topik. Bila jumpa sesama kpoppers. Soalan pertama yang akan diajukan adalah tentang ;
BIAS 

Soalan wajib bagi kpoppers. Sometimes, bila bercerita pasal bias, masing-II tak mahu kalah. Ada saje cerita menarik yang hendak dikongsi tentang bias mereka. Tapi, ada satu masalah. Bila kita tanya ;

"Siapa bias awak?"

Dia pon menjawab

"Bias?. Baekhyun, Luhan, kai,
chanyeol, myungsoo, sunggyu,
blablablablablablablablablabla"

Kita tanya sepatah, dia jawab berpuluh2 patah. Tapi agak pelik jugak kalau kita tanya dia jawab bias ada sorang je. Sebab kpoppers sekurang-II mesti ada 2 biases. lol. Means lebih dari satu bias. Lagi satu, setiap kali comeback atau ada rookie baru debut mesti Bias List kita akan tunggang terbalik. Tambahan lagi, kalau group baru debut tu ada member yang ramai. Bayangkan keadaan kpoppers masa tu. Sibuk buat re-search, sibuk hafal nama members dan seterusnya memulakan misi untuk mencari bias baru. Akhir sekali, kesian bias lama kita. 

COMEBACK

Comeback. Satu berita gembira yang paling dinantikan oleh kpoppers. Bila dapat tahu group bias kita nak buat comeback, masa tu masing-II mentalbreakdown. 24/7 duduk depan lappy and spazzing non-stop. Sometimes ada yang terpaksa korbankan masa tidur disebabkan "comeback" ni. Bila teaser keluar, kita akan replay teaser tu banyak kali, sebab dah tak sabar nak tunggu full mv. Replay dan terus replay until the full mv released. Masa comeback era tu juga, terpaksa kumpul atau guna duit tabung semata-II nak beli album. Kalau masa tu semua bias group kita comeback, bayangkan!  kering poket ni.

FANWARS

Fanwars. Atau dalam erti kata lain, 'perang peminat'. Masalah yang sering berlaku. Fanwars ni perang di antara fandom dengan fandom. Aku tak pasti pula jika kpoppers bergaduh dgn haters juga dipanggil 'fanwar'? otl ; Rasanya tu tak termasuk kot. lol tak tahu. Fanwars ni mula tercetus bila ada segelintir fans yang memulakan benda ni dulu. Contohnya, bila ada perbandingan antara group. Bila timbul rasa tak puas hati. Mula la si A ni kutuk si B. Si B pula nak kutuk si  C . Padahal si C tak bersalah. Maaf bebelit. lol. Aku rasa benda ni takkan berlaku, jika fans lebih matang dalam soal ni. Tak perlu rasanya fanwars ni wujud. Mengeruhkan keadaan je. Nanti apa pandangan orang lain terhadap kpoppers? 

HATERS

Kita faham, semua orang ada minat masing-II. Tapi kadang-II aku sendiri kurang faham kenapa haters ni susah sangat nak hormat minat orang lain, sedangkan kita hormat minat dia. Tapi ada satu masalah kpoppers ni. Bila haters mula kutuk pasal KPOP, mereka pon mula la melemparkan ayat-II kesat. Like B*tc* , *f*c* etc. Aku tak kata semua kpoppers. Segelintir sahaja. Mungkin terlalu marah orang kutuk kpop sedemikian. Tapi rasanya tak salah jika kita balas dengan cara elok. Kekadang orang akan menilai kita melalui first impressions . Apa yang mereka nampak tu, itulah siapa diri kita. Soal hati tu, orang tak tahu, sebab ia tak boleh dinilai dgn mata kasar. Jadi, sila la jaga adab kita, terutamanya kepada muslim kpoppers. Biarlah haters nak kata apa tentang kpop atau minat kita ni. Kita tak boleh paksa mereka untuk suka apa yang kita suka. Citarasa semua berbeza bukan? So ignore saje haters tu ; Mereka nak perhatian sebenarnya

Kadangkala aku terfikir juga, bila orang kutuk kpop atau minat kita, kita mula nak m'pertahankan mereka. Tak salah. Cuma jangan berlebihan dan melampaui batas. Lebih baik kita pertahankan agama Islam. Itu lebih baik bukan? Aku bukanlah cukup Ilmu untuk cerita pasal ni. Aku pon ada kekurangannya. Aku pon kpoppers macam korang. Takde la sempurna. Tapi sekadar saling mengingati sesama saudara kita itu perlu.Sekian ;
Entri ini adalah umum. Maaf jika terkasar bahasa.

10 comments:

flyingifaa said...

ahaha saya sokong akak. haters and fanwars tu perkara wajib. kengkadang saya pon terlupa nak jaga adab sy sbgai seorang muslim. ya, sometimes saya bash orang dan kluarla pkataan-pkataan mencemarkan alam tu. Haih sampai boleh lupa status diri saya ni ;3 Tulah, kena pandai jaga diri bila kita minat kpop nie XD

Unknown said...

ade jugak ye masalah kpoppers ni.. btw,nak tanye akk..akk tau tak cara2 nak download drama/movie korea..? mohon direply..

atiqahjaidin said...

@flyingifaa: Akak pon sama. kadang2 bila marah tu, macam2 perkataan boleh keluar tanpa kita sedar. Betul. tak salah nak minat, tp kena tahu batas2 dia ; thanks for reading btw

@Iffah Syahirah: Hihi, ada je. erm akak tak tahu, sbb jarang download drama/movie. selalu tgk online je. sorry ;

Unknown said...

YELAH kita pernah dengar juga ttg fanwars tapi kita kpoppers walaupun minat mestilah jaga maruah kan :)

Unknown said...

Setuju. Kita kpoppers pun ada minat sendiri. Org lain sepatutnya hormat minat kita. Yaa. Waktu comeback saya pun 24/7 menghadap lappy. lol

atiqahjaidin said...

@Farah Rosli: Betul. Kita kena fikir jugak pasal maruah kita sbg muslim especially ;

@Syerrie: Ye, tapi bila org tak hormat kita? mcm tu kan. erm ; lol. we are same. so yeay xD

Siti Tiha said...

setiap orang ada minat sendiri,buat apa nak gaduh.. :)

Honey Pie said...

Alhamdulillah setakat ini kalau ada yang megutuk kpop ke atau bergaduh sesama fandom or apa2 masalah pun marah tu memang marah ler. naik angin jugak. Sometime joint jugak marah2 dan balas balik tapi nasib baik masih lagi jaga lagi kata2 tu xde ler sampai mencarut-carut ke. Masih belapik lagi

Bbariah said...

hi im selling exo pre loved items . do visit me

http://pineapplemon.blogspot.com/2014/01/exo-pre-love-items-for-sale.html

Unknown said...

setuju, kita memang tak patut nak mengutuk walaupun mereka buat pembedahan seluruh badan.Dan kita juga patut jaga maruah sebagai sorang muslim.@Iffah Syahirah kalau nak download drama/movie pergi je 4shared lepas tu taip tajuk drama/movie tue pastu download free.