TUTOBIES LINKIES TWITTER FOLLOW HOME

Ujian ;

Untitled

Assalamualaikum. Aku cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian aku, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya. Aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Aku bergama Islam tapi aku sedar, Islam ku belum cukup smpurna seadanya.

Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbuku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca satu persatu.


Setiap kali usai solat, surah Al-Insyirah akan ku baca. Setiap kali jantung terasa berat, hati terasa sarat. Aku ulangi lagi Al-Insyirah. Setiap hari komputer riba aku tatapi, mencari sesuatu yang bisa untuk ku hilangkan segala resah di hati. Dan akhirnya aku tersedar, segala bebanan yang aku tanggung, segala ujian ini sebenarnya tanda kasih Allah pada aku. Allah rindukan rintihan aku. Aku tahu, Allah mahu mengajar aku erti sebenar ujian-Nya.

Dari situ, satu persatu aku temui. Semua bermula dari komputer riba usang ku. Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan pada nombor satu. Namun, aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah. Aku masih cuba membaiki diri, setapak demi setapak. Aku masih lagi aku yang dulu, cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.

Alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya, supaya aku dapat luahkan semua padaNya. Allah hantar ujian buat aku supaya aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milikNya. Jika gembira hati ini, semua datang dariNya, jika berat hati ini, kepada dia jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah.

cr: Iluvislam

Sangat tersentuh bila baca kisah ni. Memang benar, setiap manusia tidak lepas dari ujian-NYA, tetapi bersyukurlah dengan ujian yang diberi menandakan Allah masih sayangkan kita dan kita menjadi insan yang terpilih untuk diuji.

3 comments:

hanna. said...

Allah berikan ujian bukan bermakna Allah ingin menghukum, tetapi Allah menguji kerana Dia sayangkan hamba-Nya :')

thanks for sharing. terkesan di hati ^_^

Unknown said...

keep posting like this okay ? memberi kesedaran :) terima kasih kerana mengingati :) keep it up akk ^^

Syahirah Solehah said...

maksud yg sngat mendalam...iktibar..