TUTOBIES LINKIES TWITTER FOLLOW HOME

Quit ? ;


Assalamualaikum. Goodbye. Selamat tinggal dunia korean pop. Terketar-ketar jari nak menaip entry ni. Sebelum ni aku ada meluahkan hasrat untuk quit dari menjadi seorang kpopper. Secara jujurnya, satu keputusan yang susah untuk aku buat. Bila baca semula entry aku sebelum ni, memang aku ada luahkan benda yang sama. quit quit quit. Tapi hasilnya ..

Hampir lapan tahun aku jadi kpopper. Tiba-tiba aku nak quit macam tu. Adakah ini satu keputusan yang tak masuk akal ? aha. Aku tak tahu. Tapi diri aku memang dah tak boleh terima music korean kpop ni lagi. Mungkin aku layan lagu kpop, tapi aku tak ikut perkembangan diorang. Bila hamba Allah ni tanya, pasal artis baru, group baru. Aku tak tahu. Kalau tahu pon mungkin agak lambat. Tak up-to-date.

Melihat dari sudut positive, kpop sebenarnya ada kebaikan juga. Kita dapat belajar bahasa mereka. Aku memang suka bahasa korea, selain bahasa jepun dan mandarin. Then, budaya mereka. Maksud aku, diorang sangat hormat antara satu sama lain. Yang paling aku respect prinsip mereka yang tidak mudah mengalah. Contohnya yang jadi trainee. Bayangkan ada yang jadi trainee sampai 6/7 tahun.

Cuma ada beberapa perkara yang aku kecewa bila dibandingkan zaman kpop dulu dan sekarang. Memang jauh beza. Maaf jika kata-kata aku ni too much, tapi peredaran music kpop sekarang lebih ke arah barat/western. Aku tak kata semua lagu ada unsur yang tak sepatutnya, beberapa. Tapi unsur macam tu lah yang buat aku lebih berhati-hati dan teragak-agak untuk dengar lagu kpop. Plus, habit aku memang suka dengar lagu, baru baca translations. Mungkin cara aku ni salah.

Mungkin sekarang ni aku kurang ambil tahu berita terbaru pasal kpop lagi. Bukan macam dulu. Tapi buat masa ni aku hanya ikut perkembangan EXO dan mungkin INFINITE. Dua group yang aku sayang. aha. Tbh, agak payah nak tinggalkan dua fandoms ni, sebab kalau korang tengok blog kedua aku, dan social net yang lain aku masih update pasal exofinite. Jadi aku tak tahu 'status' aku sekarang masih kpopper atau tidak. Mungkin semi-kpopper. lols. Tapi aku masih mencuba ke arah itu.

Aku cuba untuk buang minat ni. Dalam proses dan aku akan cuba untuk minat sesuatu yang lebih manfaat. Tapi aku tak kata kpop sesuatu yang tak baik. sebab aku sendiri dah bagi tahu kebaikkan kpop itu sendiri. Cuma aku nak rancang sesuatu yang lebih baik untuk masa depan. Sekian.

16 comments:

:: Sie-Ra :: said...

I know how you feel. Me too. My opinion laa, music kpop sekarang is just too weird kalau nak dibandingkan dengan old kpop music like Suju, DBSK, 2Pm, 2AM, H.O.T and others.. Rasa nak leave dunia kpop, tapi hati kata tak nak..

atiqahjaidin said...

@:: Sie-Ra :: Ikr. old kpop is much better. Betul. agak susah srysly. huh ;-;

Hannan Wahyu said...

takpayah laaa!!!! takpayah !!!! takpayahhhh

Nurazlan Azmi said...

good luck kak tiqah :D teruskan usaha baik akak tu :D :D FIGHTING !!!!

shuexo said...

lahh nak quit?... tapi mak usu saya kan dah kawin pon minat kpop lagi lol. dah 4tahun kawin haha hmmm :( byebye semoga berjaya di dunia normal kekeke~


'EONNIE' Atiq:3

buat kali terakhir panggil eonnie.

atiqahjaidin said...

@Hannan Wahyu : lols. wae ? ._.
@Nurazlan Azmi : Thanks alan, akak akan cuba : ]
@shuexo : Haha, yeke. daebak !
Sedih pulak, btw i'm still an exostan. lols. susah sebenarnya nak quick as a kpopper ni. huh.

IKA said...

unnie pun pernah rasa nk tinggalkan kpop. tp x tertinggal.tak tau kenapa. lol. pernah segala yg berkaitan kpop unnie tinggalkan tp tahan beberapa hari je. haha. so, unnie cuma kurangkan je. mcm tieqa jugak unnie hanya ada exo je (setia konon). haha. yg pasal kebaratan tu unnie setuju sgt. kpop sekarang dah lain. banyak unsur2 yg tak sepatutnya. fans pun banyak yg 'melebih-lebih'. lagu diorg pun pelik2. sampai ada yg boleh 'menyongsangkan' kita. kena hati2 jugak la pasal tu. tak ape, yg penting kita x lupa pd yg satu. semua org ada minatnya. cuma tulah. kena pandai2 sendiri la. sedih jugak tgk org kita ni melebih2 pasal kpop sampai mencarut pun ada. unnie pun terfikir nk berhenti. tp x tau mcm mana. mybe busykan diri kot. hoho. mulut kata nk stop tp hati ni x boleh. entah kenapa. ade je lagu yg menarik hati. walau mcm mana pun, unnie harap keputusan yg kita buat betul. goodluck tieqa. unnie sentiasa sokong tieqa dr depan skrin. lol XD. [sorry panjang sgt komen. x sedar. haha]

Anne Muloque said...

Wow, sembilan tahun jadi K-popper? Okay, memang lama sgt la tu. Hehe. Agak sedih jugak bila terbaca entry nie. Apapun, hope unnie happy dgn kehidupan yg baru ye? Ha, berkenaan dgn habit unnie suka dgr lagu then baca translations tu tak salah sebab saya sendiri pun buat mcm yg unnie buat. at least kita dpt tau maksud di sebalik bait2 lirik dlm sesuatu lagu kan? Sekarang pun, saya cuba nak kurangkan minat tu. Mungkin jadi semi-k-popper yg unnie sebutkan tu? Hehe. Entahlah.... -_-

atiqahjaidin said...

@IKA : Betul unnie, sy pon pernah rasa benda yg sama. sy masih exostan, setia dgn exo lagi ni. aha. btw thanks for supporting me, unnie. lols. sokong depan screen pon boleh xD

@Anne Muloque : Sorry, bukan 9 tahun, tp 8 tahun. silap ;-; thanks saeng. yup betul, tp unnie suka dengar lagu, baru baca translations. means masa dgr lagu tu unnie tak tahu apa meaning lagu tu sbb tak baca trans. that's why unnie risau. huhu. lols, semi-kpopper kot. aha.

Hajaa^^ said...

Unni! Kuatkan diri. Kita dah banyak kali nak lupakan kpop. Tapi ia sangat sukar. Dah setahun mencuba tapi jatuh balik.

Rasa tak kuat. Dan secara jujurnya, kita masih sayang dieorang sayang. Nangis memalam rindu dieorang.

Perit rasa nak tinggalkan. Moga unnie terus kuat. Memang sukar nak lupakan tapi... kita kena lupakan jugak T~~T

Hanya kpoppers faham perasaan ini. :((

atiqahjaidin said...

@Hajaa^^ : Betul tu saeng, act sebelum ni unnie pernah juga stop layan kpop dalam beberapa minggu, tbh memang susah, tu baru minggu unnie dah rasa mental breakdown. Apatah lagi kita stop jadi kpopper utk selamanya.

Walaupon perasaan sayang tu masih ada ; Tapi kita cuba. maybe lepas ni masih layan kdrama, lagu kpop. tapi tak fanatik macam dulu. cuba jadi normal fan. hehe.

Unnie faham perasaan saeng, sebab unnie pon pernah rasa semua tu. Btw, thanks for ur sopport, saeng. Doakan unnie supaya dapat kurangkan minat ni.

nHazlina Suharto said...

i can feel it too... saya dah try sebaik mungkin utk tinggalkan dunia kpop nie especially Onew.. saya dah try mcm2 cara.. try dngar lagu local pun saya dh try.. tapi rasanya standard lagu local dgn lagu kpop jauh berbeza..saya selalu bandingkan lagu local dgn lagu kpop.. huhu.. dan satu benda yang saya rasa sayaaaaaaaang sangat nak tinggalkan kpop nie.. my memories with SHINee and with other kpopers.. i know myself from kpop.. i hope you can stay strong and also i wish all the best.. we will miss you dear.. :)

atiqahjaidin said...

@nHazlina Suharto : Memori yang membuatkan kita sayang nak tinggalkan minat ni. I feel you, chingu. sometimes, sy pon rasa syg nak tinggalkan kpop. Tapi kita kena kuat. walaupon susah, cuba dengan perlahan. InshaAllah. Btw thanks for supporting ;Miss me? lols, I'm still d'same person like before, yang bezanya sy akan jadi normal fan :]

anisah_cute said...

Saya pun x up-to-date dengan group rookies, paling baru pun EXO.Which, quite two years long..kkk maybe baru is not suitable word.
Me, also sometimes feel want to leave the all kpop thingy since i admit they have more revealing skin, making cosmetic surgery.Maklumlah, dunia di akhir zaman.Actually, the main reason, I want back to more Islam.Its hard, I can't stop myself to immersed back to kpop.
So now I take tiny little step , which not craze new rookies.Its feel useless but at least it lil help for me.
Maybe, people judge me,you know.Now, not only rookies but g-dragon who being weirder and he also put some christian feel in his album.So, now even his songs are great.I'm not even try to listen his voice.

Fatin Aisyah said...

i feel it too akak :) saya pun sekarang dah tak banyak fangirling dah. Rasa nak quit tapi berat bila fikir pasal ni. Susah nak tinggalkan,you know bila benda tu dah sebati dengan diri memang rasa berat sangat nak tinggalkan. Sekarang ni saya just stan EXO sahaja. Susah nak tinggalkan fandom tu sebab i feel really bad like really really bad. Stan EXO since debut,tak sampai hati. Maybe EXO is the last group. Maybe. Wish you all the best akak :)

하나 said...

Alhamdulillah, satu usaha yang baik. jika susah untuk membuang semua, mula dengan perlahan. InsyaAllah Allah akan membantu awak :)
Saya pun dalam usaha ke arah itu.